AloiNama yang selalu digunakanSpesifikasi BerkaitanKekuatan teganganProof TestPemanjangan
InggerisEropahAmerika SyarikatN/mm2 (ksi)N/mm2 (ksi)(%)
Alloy 316L UNS S31603 1.4404
ASTM A479/A276
S31603
515 (75) 205 (30) 35
Fermonic 50 – Tersepuh Lindap UNS S20910 XM-19 1.3964
ASTM A479/A182
UNS S20910
XM-19
690 (100) 415 (60) 35
Fermonic 50 – Kekuatan Tinggi / Kekuatan Tinggi Tambahan UNS S20910 XM-19 1.3964
ASTM A479/A276
UNS S20910
XM-19
862 (125) 724 (105) 20
Fermonic 60 UNS S21800 ASTM A479/A276
UNS S21800
655 (95) 345 (50) 35
Alloy 254 UNS S31254 1.4547
ASTM A479/A473/A240
UNS S31254
F44
650 (94) 300 (44) 35

Alloy 316L:

Alloy 316L ialah keluli tahan karat austenit yang dibekalkan dalam keadaan sudah dilakukan kerja panas dan tersepuh lindap. Penambahan Mo memberi produk keupayaan rintangan kakisan yang lebih dipertingkatkan berbanding Alloy 304, terutamanya berkenaan dengan kakisan lekuk dan celah dalam persekitaran berklorida. Alloy 316L dapat menahan kakisan atmosfera, serta, persekitaran yang agak beroksida dan berpenurun. Ia turut boleh menahan kakisan di dalam atmosfera marin yang tercemar. Aloi tersebut berkeupayaan rintangan yang cukup bagus terhadap kakisan antara butiran dalam keadaan sebagaimana terkimpal.

Fermonic 50 – Tersepuh Lindap:

Fermonic® 50 – Tersepuh lindap ialah keluli tahan karat austenit diperkuat nitrogen yang dibekalkan dalam keadaan tersepuh lindap. Ia memberikan hampir dua kali ganda kekuatan alah gred keluli tahan karat austenit biasa seperti Alloy 304 dan Alloy 316L, menawarkan kemungkinan dapat mengurangkan saiz keratan dan begitu juga berat dan kos. Kekuatan lebih tinggi boleh dicapai melalui pelaksanaan kerja sejuk. Yang pentingnya, ia kekal berciri austenit sepenuhnya – dan oleh itu bukan bermagnet sepenuhnya – walaupun selepas dilakukan kerja sejuk yang melampau.

Fermonic 50 – Kekuatan Tinggi / Kekuatan Tinggi Tambahan:

Fermonic® 50 – HS/EHS ialah keluli tahan karat austenit diperkuat nitrogen yang boleh dibekalkan dalam keadaan sudah dilakukan kerja sejuk atau kerja hangat. Walaupun bar Fermonic® 50 (<2.25”) yang bergaris pusat amat kecil boleh dilakukan kerja sejuk untuk mencapai tahap kekuatan yang lebih tinggi, saiz keratan lebih besar hanya boleh mencapai sifat mekanikal yang meningkat dengan mendadak melalui cacat bentuk pada suhu tinggi. Cara ini menghasilkan mikrostruktur cacat bentuk yang terhablur semula sebahagiannya, yang ‘tanpa tegasan’, mencapai kekuatan tinggi dengan kemuluran yang bagus dan sifat yang tekal sepanjang bar (tidak seperti bahan yang dilakukan kerja sejuk). Sifat unggul Fermonic® 50 HS/EHS boleh didapati pada bar bergaris pusat hingga 9”.

Fermonic 60:

Fermonic® 60 ialah aloi austenit sepenuhnya yang dibekalkan dalam keadaan sudah dilakukan kerja panas dan tersepuh lindap. Keupayaan rintangan kakisan am ialah di antara keluli tahan karat Alloy 304 dan Alloy 316, manakala pada amnya ia lebih baik daripada Alloy 304 dalam kebanyakan persekitaran tetapi lebih unggul daripada Alloy 316 berkaitan keupayaan rintangan lekuk klorida. Lebih bererti lagi, penambahan Silikon dan Mangan memberikan keupayaan rintangan haus, gahar dan gesel hakis berbanding banyak aloi perintang kakisan yang lain, menjadikannya sebagai pilihan untuk penggunaan di tempat yang terdapat pergerakan/gelongsoran berulang atau pemasangan/penyahpasang yang kerap.

Alloy 254:

Alloy 254 ialah keluli tahan karat austenit aloi tinggi yang dibekalkan dalam keadaan sudah dilakukan kerja panas dan tersepuh lindap. Penambahan bererti Mo, Ni dan Cu memberi aloi ini keupayaan rintangan yang bagus terhadap kakisan lekuk dan celah, terutamanya di dalam persekitaran yang mengandungi ion halida, contohnya, larutan klorida, bromida dan fluorida. Oleh itu, ia digunakan dengan meluas pada penggunaan di dalam air payau, air laut, loji peluntur kilang pulpa dan aliran proses klorida yang lain, yang boleh menjadi pilihan lain yang berkesan kos berbanding aloi nikel dan titanium yang lebih mahal dalam persekitaran sedemikian.