Mutu dan khidmat pelanggan menjadi teras falsafah perniagaan Langley Alloys

Langley Alloys Ltd. membekalkan pelbagai aloi perintang kakisan kekuatan tinggi untuk kegunaan dalam sektor luar pesisir, kimia, perkapalan, marin dan aeroangkasa. Ini melibatkan pembekalan produk tuangan, tempaan, barangan separuh siap atau komponen dimesin dari kemudahan kami di Newcastle under Lyme (UK), Houston – Texas (AS), Vancouver – Washington (AS) dan Singapura.

Kami menyasarkan untuk menjalin hubungan jangka panjang yang memberikan manfaat bersama dengan cara menyelaraskan perniagaan kami supaya memenuhi keperluan dan jangkaan mereka yang berubah-ubah. Mutu dan khidmat pelanggan menjadi teras falsafah perniagaan Langley Alloys. Dasar Mutu Langley menyediakan sistem pembaikan berterusan dalam semua aspek perniagaan, memenuhi keperluan ISO9001:2009 dan BS EN 9100:2003.

Produk dibekalkan dengan pensijilan penuh dan keupayaan mengesan bagi memenuhi piawaian bahan antarabangsa, spesifikasi aeroangkasa, piawaian pertahanan AS dan UK, dan spesifikasi luar pesisir (termasuk piawaian NORSOK). Kakitangan Langley mempunyai latihan yang mencukupi, memiliki pelbagai kemahiran, bersikap fleksibel dan mengutamakan pelanggan. Kakitangan teknikal kami berkelayakan hingga peringkat tertinggi dan mampu menangani persoalan yang berkaitan dengan spesifikasi bahan, tatacara NDT dan mutu dengan berkesan.

Langley Alloys menyediakan bekalan tetap kepada pelanggan berprestij. Antaranya ialah Schlumberger, Baker Hughes, Weatherford, Flowserve, Aker Kvaerner, Expro, Cameron, FMC, BAe Systems (UK Navy) dan US Navy.

Newcastle – ISO 9001

Newcastle – Sijil Kelulusan Rolls-Royce

Portland – ISO 9001

Houston – ISO9001(2015)