Langley Alloys boleh menyediakan pelbagai pemprosesan dan perkhidmatan tambahan untuk menambah nilai dan menjimatkan masa anda

Pengendalian Bahan

Setiap gudang Langley Alloy menyimpan inventori produk untuk menyampaikan perkhidmatan dengan cepat kepada para pelanggan di semua lokasi. Segala produk disimpan dengan berhati-hati bagi memastikannya dibekalkan dalam keadaan paling baik dan dihantar dalam pelbagai bungkusan yang berkualiti tinggi. Pemprosesan pesanan dan pengawalan bekalan dipermudahkan dengan adanya sistem komputer bersepadu sepenuhnya yang bersambung dengan pengeluaran dan pemeriksaan barang. Semua produk disertai Sijil Ujian yang menjamin kesahan spesifikasinya.

Pemprosesan Bar

Kesemua tapak kami menyediakan pemprosesan bar dalaman. Sama ada pesanan sekali untuk kuantiti yang kecil atau pesanan berulang untuk kuantiti yang banyak, kami mengendalikan satu siri gergaji pita kawalan CNC automatik sepenuhnya yang mampu memotong stok dengan tepat hingga saiz keratan sepanjang 650mm (25”).

Pemprosesan Plat

Kemudahan Portland kami mengendalikan pemotong jet air persis. Oleh sebab menggunakan proses sejuk, tiada zon terkesan haba yang terhasil semasa penyusukan mahupun perubahan sifat permukaan. Ini bermakna bahawa bahan kami boleh diproses kemudiannya secara tekal dan boleh dikeluarkan semula. Kami boleh memproses apa-apa sahaja daripada bentuk segi empat tepat kepada bentuk yang rumit, dan dengan menyarang komponen anda secara berhati-hati daripada plat induk yang besar, kami dapat memastikan khidmat berdaya saing diberikan.

Pemesinan

Objektif kami adalah untuk bekerjasama dengan para pelanggan bagi menyediakan khidmat pemesinan peringkat pertama yang berdaya saing. Melalui gabungan pemprosesan dan bekalan bahan, kami dapat menjimatkan masa dan kos anda, dengan itu membolehkan anda menumpukan pada keutamaan anda sendiri. Pelaburan di tapak UK kami bermakna bahawa kami memiliki keupayaan pemesinan kami sendiri, tetapi semua tapak mampu menawarkan pemesinan bukti, pengisaran, penggerekan dan penebukan mengikut keperluan. Melalui penggerekan gerek dalam atau penebukan bar bergaris pusat sepanjang 400mm, kami boleh menawarkan keratan geronggang dalam jumlah kecil yang lazimnya tidak disediakan lebih awal.

Pengujian Tanpa Musnah

Sudah menjadi satu kelaziman, semua produk diperiksa secara visual dan dari segi dimensi semasa pemprosesan dan sebelum penghantaran. Begitu juga, semua bahan kerja panas tertakluk kepada pemeriksaan ultrasonik sebagai ujian mandatori. Banyak tatacara telah diluluskan oleh BAe Systems, US Navy dan BNFL serta sebilangan pengendali yang layak untuk piawaian ASNT Tahap II. Pemeriksaan mengikut teknik lain seperti radiografi dan penyerapan cecair boleh juga diaturkan jika perlu.

Pengujian dan pensijilan

Semua produk dibekalkan dengan sijil ujian Langley Alloys dan/atau sijil kilang mengikut kesesuaian. Bagi para pelanggan yang memerlukan sijil Jenis 3.2, kami mengatur pemeriksaan pihak ketiga bebas secara rutin untuk menyemak bahan, pengujian dan penyediaan, dengan itu memberi pelanggan pengesahan yang sepatutnya bahawa bahan yang dibekalkan mematuhi spesifikasi.

Tempaan Tersuai

Tempaan berbentuk tersuai seperti cecincin, kepingan dan aci (bertingkat atau tidak bertingkat) boleh dihasilkan dalam masa tunggu yang amat berdaya saing. Barangan boleh dibekalkan dalam keadaan bermesin bukti atau bermesin siap seperti yang dikehendaki.

Penuangan

Penglibatan bersejarah kami dalam perniagaan faundari yang besar, dan pengalaman lama Ferralium sebagai logam untuk tuangan, bermakna bahawa kami berada dalam kedudukan yang baik untuk memikul tanggungjawab membekalkan tuangan prestasi tinggi. Barangan boleh dibekalkan dalam keadaan bermesin bukti atau bermesin siap seperti yang dikehendaki.