Warisan pengilangan kami wujud sejak tahun 1938

Langley Alloys ditubuhkan pada tahun 1938 dari bahagian aloi kuprum khas High Duty Alloys, dan berkembang menjadi sebuah syarikat pengeluaran logam bersepadu sepenuhnya di sebuah tapak yang terletak di Langley di London Barat. Syarikat ini berkembang berterusan sepanjang Perang Dunia Kedua berlaku, diikuti dengan beberapa pembangunan aloi yang berjaya dilakukan, termasuk aloi Naval Hidurax Special dan aloi galas kuprum, Hidurel® 5, yang merupakan galas enjin utama pada pesawat Spitfire.

Sewaktu 1970-an, syarikat menggajikan lebih daripada 500 pekerja dalam pengilangan logam yang meliputi penuangan, penggelekan, penempaan dan pembikinan, serta bahagian reka bentuk dan pengeluaran injap yang berjaya. Unsur sejarah yang membanggakan itu masih kelihatan hari ini apabila Langley Alloys masih meneruskan usaha membekalkan sekumpulan produk unik untuk kegunaan yang memerlukan masa dan tenaga yang banyak, setiap satu memiliki rekod prestasi yang terbukti bagi kegunaan dalam industri pertahanan, kimia, minyak & gas, dan aeroangkasa yang utama.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Langley Alloys masih menumpukan pada pengedaran aloi perintang kakisan di samping barangan hak milik kami. Penambahan tapak di Amerika Syarikat dan Singapura membolehkan kami menembusi pasaran sejagat dan menyediakan keupayaan untuk menyokong para pelanggan kami di semua lokasi.

  • 1938 Langley Alloys ditubuhkan daripada Hawker Sidley dan High Duty Alloys
  • 1940-an Hidurel® 5 dibangunkan untuk pesawat Spitfire dan masih digunakan oleh Rolls Royce dan dalam perlumbaan F1
  • 1970-an Pembangunan keluli tahan karat super dupleks yang pertama di dunia, iaitu Ferralium® & aloi Hiduron
  • 1996 Diperoleh oleh Meighs Casting Group dan dipindahkan ke Stoke on Trent
  • 2005 Pihak pengurusan Buy-Out menggunakan semula nama Langley Alloys sebagai syarikat berhad
  • 2008 Penubuhan sebuah kemudahan terbina khas berhampiran Newcastle under Lyme
  • 2010 Pemerolehan National Metal Distributors yang terletak di Portland, Amerika Syarikat
  • 2011 Pejabat jualan dan kemudahan pengedaran dibuka di Singapura
  • 2012 Pejabat jualan dibuka di Houston, Amerika Syarikat
  • 2013 Kemudahan pengedaran dibuka di Houston, Amerika Syarikat
  • 2016 Pelaburan dalam keupayaan pemesinan peringkat 1st di tapak di Newcastle under Lyme