Please enter the email address you would like us to send your download to:
Hiduron 130
Hiduron® 130 ialah kupronikel kekuatan tinggi yang dibekalkan dalam keadaan sudah dilakukan kerja panas. Penguatan mendakan bermaksud bahawa olahan haba tidak perlu dijalankan lagi untuk menjadikannya satu daripada aloi kuprum dengan kekuatan tertinggi yang boleh didapati secara komersial. Sebagai kupronikel, ia memiliki keupayaan rintangan yang cemerlang terhadap kakisan oleh air laut dan dalam atmosfera marin dan industri, serta amat tahan terhadap kakisan celah.
Hiduron 191
Hiduron® 191 ialah aloi kupronikel terkerasmendakan kekuatan sederhana yang dibekalkan dalam keadaan sudah dilakukan kerja panas. Ia mengandungi lebih kurang 14.5% nikel dan 4.5% mangan yang diperkuat dengan penambahan aluminium dan besi. Ia dihasilkan untuk menawarkan ciri-ciri keupayaan rintangan kakisan serta antikotoran bagi kupronikel lazim tetapi dengan sifat tegangan dan keliatan unggul berbanding gangsa aluminium.
Hidurel 5
Hidurel® 5 ialah aloi kuprum nikel silikon pengerasan mendakan yang mempunyai keberaliran elektrik dan haba yang tinggi dengan kemuluran takuk yang amat bagus dan kekuatan mekanikal yang tinggi. Walaupun kekuatannya tinggi, aloi tersebut memiliki rintangan terhadap kerapuhan hidrogen. Keupayaan rintangan terhadap kakisan menurut keadaan marin dan industri adalah cemerlang dan aloi tersebut mempunyai sifat antigeseran dan bearing yang bagus.
Sanmac 316L (Hollow Bar)
Sanmac® 316L is an improved-machinability austenitic stainless steel bar. The addition of Mo provides the product with much improved corrosion resistance compared with Alloy 304, particularly with respect to pitting and crevice corrosion in chloride environments.
Alloy 316L
Alloy 316L ialah keluli tahan karat austenit yang dibekalkan dalam keadaan sudah dilakukan kerja panas dan tersepuh lindap. Penambahan Mo memberi produk keupayaan rintangan kakisan yang lebih dipertingkatkan berbanding Alloy 304, terutamanya berkenaan dengan kakisan lekuk dan celah dalam persekitaran berklorida.
Alloy 254
Alloy 254 ialah keluli tahan karat austenit aloi tinggi yang dibekalkan dalam keadaan sudah dilakukan kerja panas dan tersepuh lindap. Penambahan bererti Mo, Ni dan Cu memberi aloi ini keupayaan rintangan yang bagus terhadap kakisan lekuk dan celah, terutamanya di dalam persekitaran yang mengandungi ion halida, contohnya, larutan klorida, bromida dan fluorida.
Fermonic 50 – Tersepuh Lindap
Fermonic® 50 – Tersepuh lindap ialah keluli tahan karat austenit diperkuat nitrogen yang dibekalkan dalam keadaan tersepuh lindap. Ia memberikan hampir dua kali ganda kekuatan alah gred keluli tahan karat austenit biasa seperti Alloy 304 dan Alloy 316L, menawarkan kemungkinan dapat mengurangkan saiz keratan dan begitu juga berat dan kos.
Fermonic 50 – Kekuatan Tinggi / Kekuatan Tinggi Tambahan
Fermonic® 50 – HS/EHS ialah keluli tahan karat austenit diperkuat nitrogen yang boleh dibekalkan dalam keadaan sudah dilakukan kerja sejuk atau kerja hangat. Produk ini mengekalkan kemuluran dan keliatan yang cemerlang pada suhu tinggi dan suhu kriogenik.
Fermonic 60
Fermonic® 60 ialah aloi austenit sepenuhnya yang dibekalkan dalam keadaan sudah dilakukan kerja panas dan tersepuh lindap. Penambahan Silikon dan Mangan memberikan keupayaan rintangan haus, gahar dan gesel hakis
Sanmac 2205 (Hollow Bar)
Sanmac® 2205 is a 22% Cr duplex stainless steel with improved machinability as standard. As a duplex stainless steel, it combines the desirable aspect of properties of both austenitic and ferritic grades. The high chromium, molybdenum and nitrogen contents results in a Pitting Resistance Equivalent number (PREN) of 33-34, providing pitting and crevice corrosion resistance superior to Alloy 316L in almost all corrosive media.
Alloy 2205
Alloy 2205 ialah keluli tahan karat dupleks 22% Cr, dibekalkan dalam keadaan tersepuh lindap larutan. Sebagai keluli tahan karat dupleks, ia menggabungkan aspek yang dikehendaki pada sifat gred austenit dan berferit. Kandungan kromium, molibdenum dan nitrogen menghasilkan nombor Setara Rintangan Lekuk (PREN) bernilai 33-34.
Ferralium 255 – SD50
Ferralium® 255 – SD50 ialah keluli tahan karat super dupleks yang dibekalkan dalam keadaan sudah dilakukan kerja panas dan tersepuh lindap. Ia mencapai kekuatan lebih tinggi berbanding kebanyakan keluli tahan karat yang lain dan aloi perintang kakisan pilihan lain, menawarkan kemungkinan dapat mengurangkan saiz keratan dan begitu juga berat dan kos.
Ferralium 255 (Plat)
Ferralium® 255 ialah keluli tahan karat super dupleks yang dibekalkan dalam keadaan sudah dilakukan kerja panas, tersepuh lindap dan terjeruk. Ia mencapai kekuatan lebih tinggi berbanding aloi perintang kakisan pilihan lain, menawarkan kemungkinan dapat mengurangkan saiz keratan dan begitu juga berat dan kos.
Ferralium 255 (Paip & Tiub)
Ferralium® 255 ialah keluli tahan karat super dupleks yang dibekalkan dalam keadaan sudah dilakukan kerja sejuk dan tersepuh lindap. Ia menawarkan keupayaan rintangan kakisan yang cemerlang dalam pelbagai jenis bahan kimia mengkakis termasuk asid sulfurik, asid nitrik dan asid fosforik, air laut dan persekitaran lain yang mengandungi klorida.
Alloy 32750
Alloy 32750 ialah keluli tahan karat super dupleks yang dibekalkan dalam keadaan tersepuh lindap larutan. Sebagai keluli tahan karat super dupleks, ia menggabungkan aspek yang dikehendaki pada gred austenit dan berferit. Kandungan kromium, molibdenum dan nitrogen yang lebih tinggi menghasilkan nombor Setara Rintangan Lekuk (PREN) bernilai >40.
Alloy 32750 (Plat)
Alloy 32750 ialah keluli tahan karat super dupleks yang dibekalkan dalam keadaan sudah dilakukan kerja panas dan tersepuh lindap larutan. Sebagai keluli tahan karat super dupleks, ia menggabungkan aspek yang dikehendaki pada gred austenit dan berferit. Kandungan kromium, molibdenum dan nitrogen yang lebih tinggi menghasilkan nombor Setara Rintangan Lekuk (PREN) bernilai >40.
Alloy 32760
Alloy 32760 ialah keluli tahan karat super dupleks yang dibekalkan dalam keadaan sudah dilakukan kerja panas dan tersepuh lindap larutan. Sebagai keluli tahan karat super dupleks, ia menggabungkan aspek yang dikehendaki pada gred austenit dan berferit. Kandungan kromium, molibdenum dan nitrogen yang lebih tinggi menghasilkan nombor Setara Rintangan Lekuk (PREN) bernilai >40.
Alloy 32760 (Plat)
Ferralium 255 – SD50 HS110
Ferralium® 255 – SD50 HS110 ialah keluli tahan karat super dupleks kekuatan lebih tinggi yang dibekalkan dalam keadaan terkeras terikan (Keadaan S). Melalui pemprosesan lebih persis, ia mencapai kekuatan alah dan tegangan yang tinggi dengan ketara manakala masih mengekalkan tahap kekuatan hentaman yang masih bagus.
Ferralium 255 – 3AF Gred Tua
Ferralium® 255 – 3AF ialah keluli tahan karat super dupleks yang dibekalkan dalam keadaan sudah dilakukan kerja panas, tersepuh lindap dan tuaan. Apabila menjalankan proses penuaan tambahan pada sesuatu produk, ada kemungkinan kekuatan tegangan produk tersebut akan bertambah lagi manakala tahap tinggi kemuluran masih dikekalkan.
Ferralium 255 – FG46 Gred Pengikat
Ferralium® 255 – FG46 ialah keluli tahan karat super dupleks yang dibekalkan dalam keadaan terkeras terikan (Keadaan S). Ia dioptimumkan untuk digunakan sebagai pengikat, sepadan dengan sifat mekanikal keluli karbon aloi gred B7 yang paling biasa digunakan untuk kegunaan bolt tekanan tinggi.
Ferralium 255 – 3SF untuk Tempaan
Ferralium® 255 – 3SF ialah keluli tahan karat super dupleks yang dibekalkan sebagai tempaan.
Ferralium 255 – 3SC untuk Tuangan
Ferralium® 255 – 3SC ialah keluli tahan karat super dupleks yang dibekalkan dalam bentuk tuangan.
Wayar Kimpalan Ferralium 255
Ferralium® 255 dihasilkan untuk melengkapi keluli tahan karat super dupleks terkemuka kami. Perumusan teliti bagi kandungan wayar kimpal memastikan gabungan optimum kekuatan dan keupayaan rintangan kimpalan, dicapai melalui melebihkan kandungan aloi pada wayar dengan menambahkan Nikel untuk mengekalkan imbangan fasa (austenit/ferit) yang betul.
Alloy 400
Alloy 400 ialah aloi fasa tunggal nikel kuprum yang paling biasa dibekalkan dalam keadaan sudah dilakukan kerja panas dan tersepuh lindap. Dalam keadaan tersepuh lindap standard, ia mudah dibentuk dan dipasang siap tanpa memerlukan olahan haba tambahan untuk mengimbangkan semula aloi tersebut.
Alloy K-500
Alloy K-500 ialah aloi nikel kuprum pemendakan boleh keras. Walaupun Langley Alloys membekalkan Alloy K-500 untuk semua keadaan, kami lebih banyak membekalkan bahan dalam keadaan Sudah Dilakukan Kerja Panas dan Terawat Mendakan.
Alloy 625
Alloy 625 ialah aloi nikel kromium molibdenum niobium (NiCr22Mo9Nb), dibekalkan dalam keadaan sudah dilakukan kerja panas dan tersepuh lindap. Ia mencapai tahap kekuatan tinggi daripada kesan larutan pejal Molibdenum dan Niobium (Colombium) dari suhu bilik hingga 800°C.
Alloy 718
Alloy 718 ialah aloi nikel kromium berperintang kakisan yang dibekalkan dalam keadaan sudah dilakukan kerja panas, tersepuh lindap larutan dan terkerastuaan. Penambahan Nb, Ti, Al dan Ni membentuk beberapa mendakan semasa langkah penyepuhlindapan larutan terkawal dan proses penuaan, menyebabkan peningkatan ketara pada kekuatan dan kekerasan.
Alloy 725
Alloy 725 ialah aloi nikel kromium dengan penambahan bererti molibdenum, niobium dan titanium, dibekalkan dalam keadaan sudah dilakukan kerja panas, tersepuh lindap dan terkerastuaan. Ia terkerastuaan untuk mencapai kekuatan amat tinggi, dengan anggaran dua kali daripada Alloy 625 dalam keadaan tersepuh lindap.
Alloy 825
Alloy 825 ialah aloi nikel besi kromium dengan penambahan molibdenum, kuprum dan titanium (NiCr21Mo), dibekalkan dalam keadaan sudah dilakukan kerja panas dan tersepuh lindap. Ia mencapai sifat mekanikal yang bagus dari suhu kriogenik hingga sederhana tinggi (5400C) dan boleh diperkuat dengan bererti melalui kerja sejuk.
Alloy 825 (Tiub)
Alloy 825 HS110
Alloy 825 HS110 ialah aloi nikel besi kromium kekuatan tinggi dengan penambahan molibdenum, kuprum dan titanium (NiCr21Mo), dibekalkan dalam keadaan sudah dilakukan kerja panas, tersepuh lindap dan sudah dilakukan kerja sejuk. Kerja sejuk terkawal dapat memastikan bahawa produk mencapai kekuatan alah meningkat yang ketara berbanding produk tersepuh lindap, sementara mengekalkan kemuluran dan keliatan yang bagus.
Alloy 925
Alloy 925 ialah Aloi Nikel-Besi-Kromium dengan penambahan Molibdenum, Tembaga, Titanium dan Aluminium, dibekalkan dalam keadaan tersepuh lindap dan tuaan larutan.
Language Selection