AloiNama yang selalu digunakanSpesifikasi BerkaitanKekuatan teganganProof TestPemanjangan
InggerisEropahAmerika SyarikatN/mm2 (ksi)N/mm2 (ksi)(%)
Hidurel 5 UNS S64700 CuNi2Si BS B25
BS2 B25
DTD 498
MSRR 8501
2.0855
CW111C
UNS C64700
587 (85) 430 (62) 18
Hiduron 130 Hidurax Istimewa DTD 900/4805
DIN 2.1504
850 (123) 630 (91) 10
Hiduron 191 UNS C72420 DEF STAN 02-835
NES 835
DOD-C-24676
EB4223A
UNS C72420
725 (105) 430 (62) 18

Hidurel 5:

Hidurel® 5 ialah aloi kuprum nikel silikon pengerasan mendakan yang mempunyai keberaliran elektrik dan haba yang tinggi dengan kemuluran takuk yang amat bagus dan kekuatan mekanikal yang tinggi. Penyepuhlindapan pada suhu tinggi mewujudkan struktur fasa alfa tepu lampau yang lembut, sebelum pengerastuaan kemudiannya pada suhu rendah termendap lalu menyebarkan nikel silisida halus dalam matriks tersebut. Walaupun kekuatannya tinggi, aloi tersebut memiliki rintangan terhadap kerapuhan hidrogen. Keupayaan rintangan terhadap kakisan menurut keadaan marin dan industri adalah cemerlang dan aloi tersebut mempunyai sifat antigeseran dan bearing yang bagus. Dengan kebolehtelapan bermagnet kurang daripada 1.001, aloi tersebut pada dasarnya bukan bermagnet.

Hiduron 130:

Hiduron® 130 ialah kupronikel kekuatan tinggi yang dibekalkan dalam keadaan sudah dilakukan kerja panas. Aluminium ialah unsur penguat utama pada aloi dengan cara yang sama pada Alloy K-500. Oleh sebab mendakan ini terbentuk melalui proses penempaan yang dikawal teliti, mengalami penuaan secara sejadi semasa penyejukan, olahan haba lanjut tidak perlu dilakukan, menjadikannya satu daripada aloi kuprum dengan kekuatan tertinggi yang boleh didapati secara komersial. Sebagai kupronikel, ia memiliki keupayaan rintangan yang cemerlang terhadap kakisan oleh air laut dan dalam atmosfera marin dan industri, serta amat tahan terhadap kakisan celah.

Hiduron 191:

Hiduron® 191 ialah aloi kupronikel terkerasmendakan kekuatan sederhana yang dibekalkan dalam keadaan sudah dilakukan kerja panas. Ia mengandungi lebih kurang 14.5% nikel dan 4.5% mangan yang diperkuat dengan penambahan aluminium dan besi, yang boleh diperhalusi oleh sedikit amaun kromium terkawal.

Hiduron® 191 dihasilkan untuk menawarkan ciri-ciri keupayaan rintangan kakisan serta antikotoran bagi kupronikel lazim tetapi dengan sifat tegangan dan keliatan unggul berbanding gangsa aluminium. Keupayaan rintangannya terhadap kakisan marin sebanding dengan ciri yang sama pada kupronikel lazim, gabungan kekuatan dan keliatan tegangan jauh lebih unggul daripada yang tersedia dengan gangsa aluminium dan sifatnya bergantung sebahagian besarnya kepada saiz keratan.