AloiNama yang selalu digunakanSpesifikasi BerkaitanKekuatan teganganProof TestPemanjangan
InggerisEropahAmerika SyarikatN/mm2 (ksi)N/mm2 (ksi)(%)
Alloy 400 UNS N04400 BS 3076 NA13
2.4360
ASTM A164
UNS N04400, N04405
QQ - N - 281
483 (70) 172 (25) 35
Alloy K-500 UNS N05500 965 (140) 724 (105) 20
Alloy 625 UNS N06625 BS 3076 NA21
2.4856
ASTM B564
B466
UNS N06625
830 (120) 415 (60) 30
Alloy 718 UNS N07718 2.4668
ASTM B637
UNS N07718
API 6A 718
1138 (165) 965 (140) 20
Alloy 725 UNS N07725 ASTM B637
UNS N07725
1137 (165) 827 (125) 20
Alloy 825 UNS N08825 BS 3076 NA16
2.4858
ASTM B425
UNS N08825
590 (85) 220 (32) 30
Alloy 825 (Tiub) UNS N08825 BS 3076 NA16
2.4858
ASTM B425
UNS N00825
518 (75) 241 (35) 30
Alloy 825 HS110 UNS N08825 110ksi BS 3076 NA16
2.4858
ASTM B425
UNS N08825
793 (115) 758 (110) 30
Alloy 925 UNS N09925 UNS N09925
ASTM B805
API 6A CRA
NACE MR0175-3
965 (140) 758 - 965 (110 - 140) 18

Alloy 400:

Alloy 400 ialah aloi fasa tunggal nikel kuprum yang paling biasa dibekalkan dalam keadaan sudah dilakukan kerja panas dan tersepuh lindap. Walaupun gred tersebut boleh dibajakan atau dilakukan kerja sejuk untuk meningkatkan sifatnya, dalam keadaan tersepuh lindap standardnya, ia mudah dibentuk dan dipasang siap tanpa memerlukan olahan haba tambahan untuk mengimbangkan semula aloi tersebut. Ia mengekalkan sifat mekanikal yang cemerlang pada suhu bawah sifar. Kekuatan dan kekerasan meningkat dengan hanya sedikit kehilangan keupayaan rintangan kemuluran dan hentaman.

Alloy K-500:

Alloy K-500 ialah aloi nikel kuprum pemendakan boleh keras. Walaupun Langley Alloys membekalkan Alloy K-500 untuk semua keadaan, kami lebih banyak membekalkan bahan dalam keadaan Sudah Dilakukan Kerja Panas dan Terawat Mendakan. Sifat yang bertambah diperoleh dengan menambahkan aluminium dan titanium pada asas nikel kuprum, dan melalui pemanasan di bawah keadaan terkawal agar zarah ‘ϒ’ Ni3 (Ti, Al) termendap di seluruh matriks. Pemprosesan haba yang digunakan untuk memberikan kesan kepada pemendakan biasanya dipanggil pengerastuaan atau penuaan.

Alloy 625:

Alloy 625 ialah aloi nikel kromium molibdenum niobium (NiCr22Mo9Nb), dibekalkan dalam keadaan sudah dilakukan kerja panas dan tersepuh lindap. Ia mencapai tahap kekuatan tinggi daripada kesan larutan pejal Molibdenum dan Niobium (Colombium) dari suhu bilik hingga 800°C.

Ia berguna terutamanya dalam keadaan yang memerlukan keupayaan rintangan pengoksidaan dan mengelak daripada lekukan. Dalam keadaan tersepuh lindap, ia bersifat austenit sepenuhnya dan sesuai untuk pemesinan. Ia menyediakan keupayaan rintangan kakisan yang cemerlang dalam pelbagai persekitaran mengkakis yang teruk kerana kandungan aloinya yang tinggi.

Alloy 718:

Alloy 718 ialah aloi nikel kromium berperintang kakisan yang dibekalkan dalam keadaan sudah dilakukan kerja panas, tersepuh lindap larutan dan terkerastuaan. Penambahan Nb, Ti, Al dan Ni membentuk beberapa mendakan semasa langkah penyepuhlindapan larutan terkawal dan proses penuaan, menyebabkan peningkatan ketara pada kekuatan dan kekerasan berbanding aloi nikel pilihan lain. Sifat tegangan dan pecah rayapan dikekalkan dari suhu kriogenik hingga suhu tinggi, menjadikannya sesuai untuk kegunaan antara -250oC – 750oC.

Alloy 725:

Alloy 725 ialah aloi nikel kromium dengan penambahan bererti molibdenum, niobium dan titanium, dibekalkan dalam keadaan sudah dilakukan kerja panas, tersepuh lindap dan terkerastuaan. Ia terkerastuaan untuk mencapai kekuatan amat tinggi, dengan anggaran dua kali daripada Alloy 625 dalam keadaan tersepuh lindap, melalui pemendakan pada fasa Y” semasa proses olahan haba terkawal. Oleh sebab kekuatan tinggi ini dicapai melalui penuaan dan bukannya melalui kerja sejuk, ia mengekalkan kemuluran dan keliatan yang cemerlang, dan pendekatan ini berguna untuk keratan besar atau tidak seragam yang tidak boleh diperkuat melalui kerja sejuk.

Alloy 825:

Alloy 825 ialah aloi nikel besi kromium dengan penambahan molibdenum, kuprum dan titanium (NiCr21Mo), dibekalkan dalam keadaan sudah dilakukan kerja panas dan tersepuh lindap. Ia mencapai sifat mekanikal yang bagus dari suhu kriogenik hingga sederhana tinggi (5400C) dan boleh diperkuat dengan bererti melalui kerja sejuk.

Kandungan nikel yang tinggi memastikan keupayaan rintangan terhadap peretakan kakisan tegasan, dicampur dengan molibdenum dan kuprum untuk menahan dengan kuat pada persekitaran berpenurun seperti asid sulfurik dan asid fosforik, kromium untuk menahan persekitaran pengoksidaan seperti asid nitrik, titanimum untuk merencatkan kakisan antara butiran, dan keupayaan rintangan keseluruhan terhadap kakisan lekuk dan celah.

Alloy 825 (Tiub):

Alloy 825 ialah aloi nikel besi kromium dengan penambahan molibdenum, kuprum dan titanium (NiCr21Mo), dibekalkan dalam keadaan sudah dilakukan kerja panas dan tersepuh lindap. Ia mencapai sifat mekanikal yang bagus dari suhu kriogenik hingga sederhana tinggi (5400C) dan boleh diperkuat dengan bererti melalui kerja sejuk.

Kandungan nikel yang tinggi memastikan keupayaan rintangan terhadap peretakan kakisan tegasan, dicampur dengan molibdenum dan kuprum untuk menahan dengan kuat pada persekitaran berpenurun seperti asid sulfurik dan asid fosforik, kromium untuk menahan persekitaran pengoksidaan seperti asid nitrik, titanimum untuk merencatkan kakisan antara butiran, dan keupayaan rintangan keseluruhan terhadap kakisan lekuk dan celah.

Alloy 825 HS110:

Alloy 825 HS110 ialah aloi nikel besi kromium kekuatan tinggi dengan penambahan molibdenum, kuprum dan titanium (NiCr21Mo), dibekalkan dalam keadaan sudah dilakukan kerja panas, tersepuh lindap dan sudah dilakukan kerja sejuk. Kerja sejuk terkawal dapat memastikan bahawa produk mencapai kekuatan alah meningkat yang ketara berbanding produk tersepuh lindap, sementara mengekalkan kemuluran dan keliatan yang bagus.

Alloy 925:

Alloy 925 ialah Aloi Nikel-Besi-Kromium dengan penambahan Molibdenum, Tembaga, Titanium dan Aluminium, dibekalkan dalam keadaan tersepuh lindap dan tuaan larutan. Titanium dan Aluminium ditambah secara khusus untuk menguatkan lagi aloi apabila mengalami proses penuaan, dalam bentuk mendakan jelas Ni3(Al, Ti) gamma (‘ϒ’) pada seluruh matriks aloi dan menambah kekerasan dan kekuatan dengan amat teguh dengan cara yang sama pada Alloys K-500, 718 dan 725.