Logam unik untuk penggunaan yang memerlukan masa dan tenaga yang banyak

Welcome to Langley Alloys

Selamat melayari laman Langley Alloys

Langley Alloys Limited ialah syarikat British yang memiliki reputasi serata dunia – membekalkan logam unik untuk penggunaan yang memerlukan masa dan tenaga yang banyak. Beroperasi dari lokasi di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Singapura, kami menyimpan banyak bekalan keluli tahan karat termaju, nikel dan aloi kuprum dalam bentuk bar, plat dan tiub.

Berbekalkan hampir 80 tahun pengalaman, kami berusaha menyediakan produk yang memberikan prestasi fungsian walau dalam keadaan sukar sekalipun, sama ada untuk sistem bawah laut di kawasan yang sangat dalam, kegunaan di ruang angkasa pada kelajuan lebih tinggi dan muatan yang lebih berat, atau persekitaran agresif yang terdapat di loji penjanaan kuasa dan pengeluaran bahan kimia yang moden.

Produk yang ditawarkan kini terdiri daripada sebilangan logam unik yang dihasilkan oleh Langley Alloys, iaitu termasuk Ferralium®, Hiduron®, Hidurel® dan Fermonic®.

More about us

Mutu Terjamin

Diperakui ISO 9001

Diperakui ISO 9001

Pada masa ini, tapak kami mengendalikan Sistem Pengurusan Mutu ISO 9001:2008 & A9100 (semakan C), dengan pelaksanaan ISO 9001:2015 secara berperingkat-peringkat.

Lulus ujian Rolls Royce

Lulus ujian Rolls Royce

Langley Alloys mendapat sebilangan besar kelulusan pelanggan merentas pelbagai pasaran, termasuk aloi kuprum unik kami yang diluluskan untuk kegunaan oleh Rolls Royce bertahun-tahun lamanya.

Sistem Pengurusan Mutu

Sistem Pengurusan Mutu

Pengenalpastian bahan yang positif dan himpunan keupayaan pemeriksaan dalaman dapat memastikan spesifikasi dan keupayaan mengesan yang teguh dipatuhi.